Keep Your Head Up High, Beautiful
Dalam aturan ini, aku sadar yang aku punya laluan, kenkadang berliku, berombak dan sukar dihadap. Tapi aku tetap berpegang bahawa :
" Tiap kesulitan pasti ada kemudahan."
Itu janji Tuhan. Bukan janji aku, atau bukan hikayat aku. Itu hikayat Tuhan.
Dan aku tidak punya jawapan bagi persoalan :
"Sampai bila?"
Kerna mati aku, hidup aku bukan di tangan aku. Tapi tangan DIA. Tapi itu juga tidak bermakna aku lepas tangan daripada 'tanggungjawab' dan 'amanah' untuk hidupku dan untuk pinjamanku. Apa?
Tubuhku, jiwaku, keluargaku, nikmatku. Itu semua pinjaman. Kelak DIA minta tidak perlu tanya. Ambil saja. Dan aku terfikir lagi :
"Kelak aku jumpa DIA. cantik ke? Hodoh ke? Buruk ke? Busuk ke?"
Aku punya jawapan untuk itu :
"Kau tengok balik diri. amal. hidup kau. Pada siapa kau bertaut. Dunia?"
Aku takut untuk melihat kembali apa yang aku lakukan. Aku takut untuk melihat kembali hikayat hidup aku yang bakal dibaca kelak di hadapan sekelian manusia. Satu persatu. walhal sekecil zarah sekalipun.
aku takut,

No comments :
Post a Comment