Bila Final Exam dah mula menjengah mengetuk pintu. Cepat-cepat cari buku, nota-nota yang terselit di merata tempat bahkan kertas kumal yang layak duduk dalam inche bakul sampah. Mulalah menggelabah, lagi-lagi 'carry mark' yang mencekik darah. *Tergolek-golek tengok 'coursework'*
'Niat nak study.mood study baru nak singgah.Tak sempat lima minit, terbang'
scroll facebook.
SEMINAR INSAN LUAR BIASA
hemm.Menarik.
by:
Prof.Dr.Muhaya dan Dr.Azizan
*angkat kening*
Jari-jemari bertepuk tampar dengan keyboard Lenovo.Pum pang pum pang.
Siap.Taruk nama,IC,Fon num n matric num.
Alhamdulillah.*sapu muka*
At least terisi jugak minggu study week, daripada duk goyang kaki, lepak atas katil,makan tanpa nokhtah.Ada baiknya tambah Ilmu di dada. Keterujaan melampau ditambahkan lagi bila warga UKM juga terdiri daripada sahabat terchenta. Semangat tu berkobar-kobar.
*Malam tu tidur bermimpikan bulan dan bintang.*
Lagi 2 hari nak pergi sana. :)
29.05.2014
Hati terasa gundah gulana bila nama yang dikirimkan untuk SEMINAR INSAN LUAR BIASA sunyi sepi tanpa respon. Maka jari pun menaip dengan niat bertanya khabar. Kut3 mesej terkandas di tengah jalan.
Bunyi notification.*chee*.
Senarai nama peserta SEMINAR INSAN LUAR BIASA .
Cepat-cepat scroll down. Cari nama. Takde. *genyeh mata*
Betul-betul takde.
Kecewa. Terkilan.
TAkde REZEKI. itu pun dinamakan rezeki. Berfikir sejenak. Niat tak kena kut.
Takpelah ada Hikmah Allah tak bagi.
Then cakap kat saudari tu,
"Nama saya xde."
"Nama awak apa? bagi nama kat sape hari tu?"
"Nama Saya Demi Lovato.Saya bagi kat saudara ____"
*bukan nama sebenar*
"takpe3.Xde rezeki.IA di lain masa"
Semua ni terjadi disebabkan kegagalan mendapatkan bas. Jadi, bilangan peserta juga perlu dikurangkan.
"Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan"
Hakikatnya, aku masih berharapkan keajaiban. Aku masih menyimpan harapan untuk menyertai program tu. So, aku memutuskan untuk menggunakan senjata yang terakhirku "DOA".
30.05.2014
Aku dikejutkan dengan mesej daripada saudari.
"Nak nama, fon, matrik n IC"
*sengih teruja tahap tera giga mega*
Alhamdulillah.Syukran Allah.
Subhanallah. Doaku dikenang.
"Kun fayakun"
Allah maha mendengar. Jadi bergantunglah hanya kepadaNYA, bukan manusia.
Alhamdulillah.Aku berjaya menjadi salah seorang peserta yang duduk di dalam dewan bukan sahaja ruh tapi jasad juga. Alhamdulillah untuk perkongsian yang hebat untuk menjadi 'insan luar biasa'. Alhamdulillah juga kerana Allah masih sayangkan aku. Alhamdulillah juga kerana ILMU itu dipermudahkan olehNYA.
*tak sempat jumpa warga UKM*


No comments :
Post a Comment