Buah Manggis
Alkisah bermula. Segalanya terjadi kerana buah Manggis. Segala rasa yang terluah disebabkan buah Manggis.
* Jam putar balik masa dihidupkan. "ON". Sepek mata disarung.Sneakers jangan lupa.*
*****************************************************************************
Aku dan bini jebat. Berlari dari tangga rumah dengan plastik mydin di tangan. Dari tengah hari lagi, lepas zuhur.Niat di hati nak kutip buah manggis yang dah luruh, penuh kat bawah pokok, sampai dalam parit. Jadi, memandangkan sanak saudara mak tak datang lagi.Gaya macam petang ni xde orang mari rumah.Jadi bolehlah kutip. Sengih bahagia.
Maka kami pon berlari selaju yang boleh.Pecut!! masing-masing lari tak ingat dunia.
"Buah manggis tu mengggoda sangat"
Sebab berebut nak berlawan siapa paling banyak.
Sesi mencari buah manggis ibarat mencari rambut dalam tepung dek kerana daun kering yang bertimbung meninggi. Tak cukup bawah pokok, dalam parit kami terjun. Plastik Mydin dah nak penuh.Masing-masing tahan nafsu nak makan.Makan buah tu..
Masing-masing sengih pandang buah.Ting! Wah wah wah. Cepat-cepat duduk kat tangga.Plastik buah dibukak.Buah manggis!!! terbayang kemanisannya.Kelazatannya.
Bunyi enjin kereta masuk perkarangan rumah. Kemudian bunyi enjin dimatikan.Buah manggis cepat-cepat dicapai.
selang 5 minit.Suara mak melaung.Kami telan liur.Peluh yang kering kembali menitis lagi.Jantung gaya macam nak terkeluar. Suara mak semakin kuat diiring gelak tawa. Langkah diatur longlai. Sengih mak merana kami. Kami sengih sambil bawa plastik manggis. Niat nak makan ditahan dek terkejut nama dipanggil.Hati tetiba rasa resah gelisah.Berdebar-debar.
" meh sini buah manggis yang 'uning' kutip tadi"
erk.Rasa nak tergolek depan tangga.Rasa nak campak balik buah manggis tu dalam parit.Rasa nak cakap 'taknak' tapi air muka harus dijaga.Tetamu perlu dirai.Senyum lebar.
Kami memandang akur. Kembali kepada realiti.Hakikatnya manggis itu milik mak walaupun pokok dia betul-betul depan rumah aku. Plastik bertukar tangan.Mood nak makan hilang seperti hilangnya plastik mydin daripada tangan.
Langit yang cerah, kini sudah gelap.
#tengok pokok tu.Tengok buah tu..kami sengih.Sebab teringat kengan tu.
#'uning'=kamu
#'uning'=kamu


No comments :
Post a Comment